MELAYUKAH AKU?
Melayukah aku?
Cukup dengan susur galur diriku?
Cukup sekadar setitik darah Melayu dalam diriku?
Atau cukup hanya dengan kakiku berpijak di bumi Melayu?
Atau kerana rupa Melayuku sahaja?
Tetapi….
Mampukah aku mengaku diriku Melayu?
Jika aku membiarkan bangsaku ditindas
Jika aku hanya melihat bangsaku ketinggalan
Jika aku membenarkan bangsaku dijajah
Jika aku membiarkan bangsaku dibuli di bumi sendiri
Dan aku hanya berpeluk tubuh?
nukilan rasa...18/10/2013
No comments:
Post a Comment